top of page

Program Cuti-Cuti Hafaz Quran

 

Program Cuti-Cuti Hafaz Al-Quran merupakan kem masa cuti persekolahan yang kini menjadi salah satu program yang mencetuskan fenomena luar biasa khususnya bagi masyarakat di sekitar wilayah utara tatkala mampu melahirkan pelajar sekolah harian biasa untuk turut menghafaz Al-Quran secara sistematik dan berkesan. 

 

Anda tidak perlu hairan atas sebab apa ibu bapa mula berpusu-pusu dan sentiasa ternanti-nanti untuk mendaftarkan anak-anak mereka bagi menyertai program cuti-cuti hafazan ini. Lantaran sambutan hangat dan respon yang positif daripada para waris impak perubahan luar biasa anak-anak mereka yang telah pernah menyertai program ini. 

 

Apa yang sangat istimewa sepanjang program kem cuti-cuti hafazan ini adalah para pelajar dapat merasai pengalaman cuti persekolahan yang diisi dengan program bermanfaat dengan cakupan pengisian kerohanian dn suntikan motivasi cetusan para pengajar dan pakar jurulatih motivasi STIQ sendiri. Para peserta bukan sahaja akan menunjukkan perubahan positif malah kesan perubahan kendiri anak-anak akan kian tampak seusai mereka menamatkan sesi hafazan mereka.

 

Kini para ibubapa tidak perlu rungsing untuk merancang cuti persekolahan anak-anak secara bermanfaat kerana anda dsentiasa dialu-alukan untuk mendaftarkan anak-anak ke Pusat Pengajian Hafazan Smart Triple I Q (STIQ). Pintu pejbt kami sentiasa mempelawa anda untuk mendaftar dengan pakej pendaftaran istimewa yang kami tawarkan untuk anak-anak anda.

 

Kami percaya setiap ibubapa sentiasa mengharapkan sebuah perubahan yang hebat untuk melihat anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah  s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan  sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat.  Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.

Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t.

Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

 

Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya. 

Sabda Rasulullah s.a.w :


” اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ :

صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ “.


Maksudnya :
“  Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.

Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

 

Setiap kali cuti sekolah dalam jangka tempoh yang ditetapkan 2014 :

 

- Mac 2014           (24 - 27 Mac 2014) 

- Jun 2014            (09 - 12 Jun 2014)

- September 2014 (15 - 18 Sept 2014)

 

Buat pengetahuan ibubapa, Pusat Pengajian Hafazan Smart Triple I Q (STIQ) telah berjaya mengadakan sebanyak 5 siri Kem Cuti-Cuti Hafaz Quran (KCC) dan tahun ini merupakan tahun kedua penganjuran KCC. InsyaAllah pada akhir tahun 2014 ini, KCC siri ke 6 akan diadakn sekali lagi bersempena cuti persekolahan kelak. Tunggu apa lagi inilah peluang dn ruang untuk anda memantapkan pelaburan anak soleh anda tercapai. Berikut merupakan 2 siri program Kem Cuti-Cuti Persekolahan (KCC) sesi Disember. 

 

- Disember 2014   (Dibuka untuk Pendaftaran, hubungi - 019 4768013)

 

          * Siri 1  : (01 - 11 Disember 2014) 

          * Siri 2  : (15 - 25 Disember 2014)

 

Bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang

DSC_0895.jpg
IMG_9733.JPG
IMG_9732.JPG
IMG_9731.JPG
IMG_0122.JPG
IMG_0118.JPG
DSC_0959.jpg
DSC_0993.jpg
DSC_0995.jpg
IMG_0108.JPG
IMG_0109.JPG
DSC_0957.jpg
DSC_0941.jpg
DSC_0931.jpg
DSC_0929.jpg
IMG_9735.JPG
DSC_0880.jpg
DSC_0879.jpg
C360_2014-03-27-10-11-58-877.jpg
Hafazan Hujung Minggu

© 2023 by Senior Residence. Proudly created with Wix.com

  • w-googleplus
  • YouTube Classic
  • w-facebook
  • Twitter Clean
bottom of page